Monday, December 21, 2009


Selamat Datang ke KEMAS Daerah Beaufort



Latar Belakang

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.


Visi KEMAS

Menjadikan KEMAS sebuah organisasi yang berwibawa dalam pembangunan masyarakat.


Misi KEMAS

Memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optima.

Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan anggota KEMAS dan
     masyarakat desa ke arah pembangunan yang lebih seimbang.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi terkini supaya masyarakat desa
     bijak menguruskan sumber ke tahap optima.


Objektif  KEMAS

Membangunkan masyarakat luar bandar agar berilmu, berkemahiran, maju dan berdaya saing
serta memiliki nilai-nilai murni untuk mencapai pembangunan menyeluruh dalam
menghadapi era globalisasi.

No comments:

Post a Comment